RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2
Mata Pelajaran : Matematik
Mata Pelajaran : Matematik
Tahun
: Tahun 2
Bidang Pembelajaran : Ruang Dan
Bentuk
Tajuk
: Bentuk Tiga Dimensi ( 3D ) dan Dua Dimensi (2D)
Objektif Pembelajaran : Mengenal
pasti bentuk tiga dimensi dan dua dimensi
Hasil Pembelajaran
: Pada akhir
sesi pembelajaran, murid-murid dapat
i. Menamakan bentuk bulat, bujur, segi empat, tiga segi, bintang, kubus, kuboid, sfera,
piramid, silinder dan kon dengan betul dan tepat.
ii. Membezakan bentuk tiga dimensi (3D)
yang ada permukaan rata dan permukaan melengkung dengan betul.
Pendekatan P
& P
: Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri
Kaedah /
Teknik
:
Perbincangan
KBKK : Mengelaskan, Menjana idea,
Berkomunikasi, Membanding dan membezakan.
Nilai
Murni : Bekerjasama
Bahan,
peralatan dan bahan sumber :
1) ping pong – 5 biji
2) kotak tisu – 4 kotak
3) set bongkah 3D – 2 set
4) lembaran kerja
5) slaid powerpoint
Langkah
berjaga-jaga : - tiada -
Pengetahuan
Sedia Ada Murid-murid telah mempelajari nama bentuk tiga dimensi semasa belajar
Matematik Tahun 1 dan mereka juga mengetahui bentuk-bentuk bagi sesuatu objek
dalam kehidupan harian mereka.
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran
|
Nota /
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
|
Membezakan permukaan rata dan
permukaan melengkung
Mengenali sisi dan bucu
|
1. Guru meminta murid memerhati apa yang dilakukan
olehnya.
2. Guru menjatuhkan ping pong dan kotak tisu ke atas
meja.
3. Guru menanya murid :
a) Apa yang kamu dapat lihat semasa ping pong / kotak tisu
itu terjatuh ke atas meja ?
b) Mengapakah ping pong boleh berguling ke depan, kotak
tisu tidak dapat?
c) Apa bentuk bagi ping pong / kotak tisu ini?
d) Cuba kamu merasa dan membuat pemerhatian pada permukaan
ping pong dengan tapak tangan. Apa yang kamu rasa? Adakah permukaannya rata
atau melengkung?
( diikuti dengan merasa kotak tisu )
e) Sekarang, cuba kamu rasa bahagian yang di hujung kubus.
Apa yang kamu rasa?
f) pegang bahagian tepi kotak tisu. Cuba kamu rasa, adakah
ia lurus atau bengkok?
|
1. Murid melihat apa yang dilakukan oleh guru.
2. Murid menjawab soalan-soalan guru.
(contoh jawapan)
a) Ping pong berguling dengan cepat ke hadapan.
Kotak tisu tidak berguling.
b) Ping pong boleh berguling dengan cepat kerana ia
berbentuk bulat. Kotak tisu berbentuk segiempat.
c) Ping pong berbentuk sfera. Kotak tisu berbentuk kubus.
d) Permukaann pada ping pong licin dan melengkung.
Permukaan kotak tisu licin dan rata.
e) Tajam.
f) Lurus
|
BBM :
Ping pong
Kotak tisu
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas
KBKK :
Membanding dan membezakan
Berkomunikasi
|
Menstruktur/ Menstruktur Semula
( 15 minit )
|
Menamakan bentuk bongkah 3D
Memperihalkan permukaan rata,
permukaan melengkung, sisi dan bucu bentuk 3D
|
1. Guru menunjukkan bongkah 3D dan minta murid menyatakan
bentuk bongkah tersebut.
2. Guru mengagihkan murid kepada 2 kumpulan secara
berpasangan.
3. Guru memberi satu set bongkah tiga dimensi dan satu
jadual kepada setiap kumpulan.
4. Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan
melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
5. Guru meminta murid merekodkan hasil perbincangan mereka
di dalam jadual yang diberikan.
6. Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan
bilangan permukaan rata dan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bentuk tiga
dimensi.
7. Guru meminta murid menyemak jawapan mereka.
|
1. Murid menyatakan nama bentuk bongkah 3D yang
ditunjukkan oleh guru.
2. Murid membilang bilangan permukaan rata, permukaan
melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah.
3. Murid merekodkan hasil dapatan mereka di dalam jadual.
4. Murid melihat nota di slaid powerpoint yang ditunjukkan
dan mendengar penerangan guru.
5. Murid menyemak hasil perbincangan mereka tadi.
|
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas
Perbincangan
BBM :
Set bongkah 3D
Nilai Murni :
Bekerjasama
KBKK :
Mengelaskan
|
Aplikasi Idea
( 5 minit )
|
Memperihalkan permukaan rata,
permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
|
1. Guru mengedarkan latihan penilaian mengikut aras murid.
2. Guru berbincang jawapan bersama dengan murid.
|
1. Murid menyiapkan latihan penilaian.
( pembelajaran masteri )
|
BBM:
Lembaran kerja
|
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
|
Teka- teki
- Menamakan bentuk 3D
|
1. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi teka-teki.
2. Guru menyatakan penerangan dan minta murid cuba meneka
apa bentuk itu.
|
1. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti dan
menjawab soalan teka-teki tersebut.
|
Strategi / Teknik
Teka -teki
|
Bentuk 2 Dimensi
Bentuk 3 Dimensi
Untuk memuat turun soalan bentuk dan ruang, anda boleh melayari laman web berikut:
Rujukan:
~http://krt3013tmsr.blogspot.com/2011/12/rancangan-pengajaran-harian-matematik.html
~http://www.slideshare.net/zarinahanim/unit-11-3-dimensi
No comments:
Post a Comment